Thursday 21 December 2017

STUDY WEEK

assalamualaikum semua. Saya ingin minta maaf jika ada yang mengenali diri ini. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar universiti di Malaysia dan UPM khasnya yang bakal menduduki peperiksaan akhir pada bulan 1 nanti. Doakan saya supaya dapat menjawab soalan dengan jayanya. πŸ˜ƒπŸ’ͺ

PROGRAM MOBILITY TALK AND ENTREPRENEURSHIP & MASAKAN PAHANG

          Semalam merupakan satu pengalaman baru bagi saya sebagai seorang pelajar. Saya dapat menikmati keenakan masak lemak ikan patin buat kali pertama. Saya suka mencuba sesuatu yang baru kerana dengan cara itu dapat dijadikan sebagai pengalaman hidup kerana pengalaman tidak dapat dijual atau dibeli daripada sesiapa. Kuah masak lemak tempoyak tersebut agak cair sedikit daripada kuah lemak tempoyak yang biasa saya makan. Merupakan pengalaman baru bagi saya kerana dapat merasai keenakan isi ikan patin yang lembut apabila masuk kedalam mulut kita, dan merupakan satu nikmat bagi saya. Di pagi hari pula, saya menyertai program mobility talk. Intipati mengenai program ini adalah mengenai pengalaman mereka pergi ke luar negara seperti Indonesia, Mesir,Jepun dan Thailand. Mereka mendedahkan perkara yang perlu dilakukan untuk menyertai mobilty serta pengalaman daripada beberapa orang businessman daripada pelajar UPM sendiri iaitu produk Bee Happy dan Techouz. Pengalaman yang diceritakan daripada senior - senior yang pernah pergi ke luar negara memberi inspirasi kepada saya untuk menyertai program mobility yang dianjurkan oleh pihak universiti.

Sekian sahaja celoteh daripada saya. Terima kasih kerana membacaπŸ˜ƒπŸ˜‡

Wednesday 13 December 2017

KARNIVAL JOM HEBOH 3.0 @ SERUMPUN

Mesti kita selalu dengar karnival jom heboh di kaca televisyen. Hari ini, saya nak cerita tentang karnival jom heboh @ serumpun. Pada asalnya, mesti kita fikir akan ada konsert dan lain - lain lagi, bagi yang pernah pergi ke karnival jom heboh mesti tahu serba sedikit mengenainya seperti di kaca televisyen. Ok, kita berbalik kepada topik asal kita, iaitu karnival jom heboh @ serumpun, selama 2 hari saya pergi saya rasa seronok juga lah iainya tidak seperti karnival jom heboh yang biasa kita tengok di kaca tv, iainya adalah lebih kepada pesta makanan. Disebabkan saya duduk di serumpun, jadi senang untuk saya berkunjung ke karnival jom heboh @ serumpun ini, saya dapat rasa makanan cina, iaitu mi wantan yang dibuat oleh seorang cina muslim bersama anak - anaknya, dikatakan pekerja adalah daripada kalangan ahli keluarga sendiri. Saya paling suka mi wantan sup ayam, dengan hanya RM6 sahaja yang paling penting sedap dan mengenyangkan kalau nak beli, dia akan bagi dua pilihan nak mi atau kuey tiaw. Saya jarang sekali makan makanan cina sebab faktor susah nak dapat dapat makanan cina yang halal, jadi menjadi pengalaman baru jugalah. Akhir kata, sesiapa yang belum berkunjung ke karnival jom heboh ni, jom cepat pergi, esok hari terakhir, jangan lupa cuba mi watan di gerai annur dan kegemaran saya, ayam gunting di gerai Kelantan Friend Chicken. Terima kasih kerana membaca celoteh saya pada hari ini

Sunday 10 December 2017

BAKTI SISWA

Pada hari ini dan semalam kami menjalankan aktiviti di Rumah Anak Yatim Kasih Harmoni dimana merupakan perkara wajib lulus yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. Banyak pengalaman baru yang saya peroleh semasa melakukan aktiviti di rumah anak yatim tersebut. Satu daripada adalah sabar, kerana kami kumpulan bajti siswa 21 dan 30 bersama fasilitator terpaksa bersabar untuk melayan kerenah anak - anak yatim, kerana mereka terlalu hiperaktif dan susah untuk dikawal.
Pada hari pertama kami perlu menyesuaikan diri untuk menyelesaikan aktiviti yang dijalankan. Aktiviti yang dijalankan sepanjang dua hari kami di Rumah Anak Yatim Kasih Harmoni ini ialah explorace, zumba, pertandingan mewarna, menanam pokok dan lain - lain lagi. Pada awal kehadiran kami di rumah anak yatim tersebut, kami agak kekok kerana terkejut dengan keaadan anak yatim yang diluar jangkaan kami. Tetapi yang paling penting misi kami untuk membuatkan anak yatim di rumah kasih harmoni gembira telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Tuesday 5 December 2017

MAJLIS PELANCARAN METLIT MOOC

Pada hari saya didedahkan dengan kaedah pembelajaran yang diperkenalkan oleh Universiti Putra Malaysia berkerjasama dengan Universiti Malaysia Kelantan dan beberapa buah agensi swasta dan kerajaan dan beberapa buah universiti luar negara. Satu daripada universiti luar negara ialah Universiti of Social Science and Humanities. Semasa majlis pelancaran berlangsung kami para pelajar yang hadir serta duta - duta daripada beberapa buah universiti dan agensi diperkenalkan dengan permainan interaktif iaitu kohoot, dimana permainan tersebut, pelajar perlu bertindak pantas dan memahami soalan secepat mungkin kerana diberi masa hanya 30 saat sahaja. Medlit MOOC merupakan satu medium pembelajaran yang berbentuk digital dan mampu memberi impak yang positif kepada pelajar. Majlis pelancaran diadakan di Dewan ZA'BA Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Terima Kasih

Saturday 2 December 2017

Pengalaman 3.0

diam tak diam sudah lima bulan saya berada di UPM ini. Saya dapat melanjutkan pelajaran dalam Bacelor Komunikasi. Pelbagai pengalaman yang saya dapat dan tidak mungkin dapat dibeli daripada orang lain, kerana pada pendapat saya pengalaman itu yang mematangkan hidup kta dan daripada pengalaman juga yang menjadikan kita kuat dan tabah pada hari ini. boleh dikatakan semester 1 sudah hampir melabuhkan tirainya dan yang paling penting peperiksaan akhir juga akan kunjung tiba tidak lama lagi. sesuatu yang mendebarkan serta menakutkan bagi semua penuntut universiti. Harapan saya supaya dapat memperoleh pointer yang cemerlang berbanding STPM dahulu. harapannya macam tulah. kalau berjaya dapat pointer yang cemerlang, merupakan satu kebahagian bagi saya, kerana dapat membuktikan kepada orang kampung bahawa saya juga boleh berjaya seperti kawan - kawan sekampung saya yang lain. Terima kasih kerana mendengar celoteh saya pada hari ini dan selamat maju jaya kepada mereka yang bakal menduduki peperiksaan akhir. #WELOVEUPM.
#buat yang terbaik.

TEMASYA SUKAN WARISAN MELAYU 2017

Pada hari nie saya dapat melihat pelbagai acara yang diadakan semasa Temasya Sukan Warisan Melayu dijalankan iaitu pada hari ini. Pelbagai aktiviti tradisional yang dijalankan sekitar kawasan muzium Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, antaranya ialah. seperti permainan semasa zaman kanak - kanak dulu iaitu congkak, baling tin, bowling kelapa dan lain - lain lagi. Selain itu terdapat juga terdapat pelbagai aneka makanan yang dijual semasa Temasya ini berlangsung iaitu crepe, nasi kukus kedah, nasi daging goreng, nasi ayam goreng, air sirap dan air mangga. terdapat juga lain - lain aktiviti iaitu bengkel mencanting batik, pertandingan nyanyian irama dan lain - lain lagi. Boleh dikatakan sepanjang berada di UPM ini pelbagai aktviti yang dijalankan di kawasan sekitar UPM. sebagai contoh pada hari ini juga terdapat program Ar Raudhah di kawasan Kolej Tun Perak yang pada keesokan harinya. #WELOVEUPM

Wednesday 8 November 2017

HARI TERAKHIR PESTA KONVOKESYEN

Semalam merupakan hari terakhir bagi Pesta Konvokesyen dan Ekspo Pertanian kli ke 41 bagi tahun 2017, terdapat pelbagi aktiviti yang dijalankan sepanjang berlangsungnya pesta konvo untuk meraikan para graduan yang bergraduasi pada Majlis Konvokesyen yang berlangsung di UPM. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Rentak Putra, Festival kompang, Festival Nasyid dan Festival Koir. Malam kemuncak adalah pada malam tadi dimana diumumkan pemenang bagi semua kategori yang dijalakan.  Tetapi kolej 12 tidak memenangi acara yang dipertandingkan, bagi saya kolej 12 telah membuat sebaik mungkin untuk acara yang dijalankan. Tahniah buat kolej 12 kerana telah membuat sebaik mungkin kerana kalah atau menang merupakan adat pertandingan.

Berikut meruapakan senarai pemenang bagi acara yang dipertandingkan:
Berikut merupakan Keputusan Pertandingan

FESKOM
Busana Terbaik : KC
Persembahan terbaik : SETA
Tempat ketiga: KMR
Naib Johan: K17
Johan : SETA

FESKO
Vokal Berharmoni Terbaik : KTDI
Persembahan Terbaik : K14
Publisiti Terbaik : K14
Busana Terbaik : KTDI
Konductor terbaik : KOSSAS
Tempat Ketiga: K15
Naib Johan: KOSSAS
Johan: KTDI

RENTAK PUTRA
Drummer Terbaik: K17
Bass Terbaik: K17
Guitar Terbaik: K2
Keyboard Terbaik: K6
Vokal Terbaik: KMR
Kreativiti Terbaik: KTDI
Tempat Ketiga: K11
Naib Johan: KTDI
Johan: K17

FESNIK
Anugerah Busana Terbaik: K17
Vokal Berharmoni Terbaik: K15
Persembahan Terbaik: KPZ
Tempat Ketiga: KMR
Naib Johan: KPZ
Johan: K15

Tuesday 7 November 2017

Hari Konvokesyen

Hari ini merupakan pengalaman baru bagi saya kerana telah menjadi sukarelawan konvokesyen kali ke 41 sebagai pemberi goodies. Saya dan kumpulan bakti siswa yang diketuai oleh cik syahirah telah dipilih oleh pusat koko untuk menjadi sukarelewan untuk hari konvokesyen yang berlangsung pada hari ini dan merupakan hari terakhir konvokesyen di UPM ini. walaupun menjadi pemberi goodies tetapi menjadi pengalaman baru bagi saya kerana dapat melihat para graduan menamatkan pelajaran mereka dan juga mendapat segulung ijazah, master, mahupun Phd pada hari. 3 tahun lagi insyallah saya akan mendapatkan segulung ijazah buat kedua ibubapa saya, Sekian terima kasih. Setakat ini sahaja coretan saya pada hari ini.

Saturday 4 November 2017

Ekspo Pertanian & Pesta Konvokesyen

Hari ini aku menjelajah ke Bukit Ekspo untuk mengikuti acara yang dilakukan oleh pihak universiti sempena kovokesyen yang akan tidak lama di Universiti. Acara yang terdapat di Bukit Ekspo adalah jualan makanan, aktiviti seperti zepline, kayak dan sebagainya serta penjualan hasil pertanian di universiti seperti orkid, dan sebagainya. Aktiviti yang terdapat pada malam hari ialah, pada hari mempunyai pertandingan rentak putra yang melibatkan 17 buah kolej yang terdapat di UPM ini. selamat maju jaya kepada peserta kolej 12 yang betanding. K12 HUHA. Disini saya dapat kongsi pengalaman saya iaitu kali pertama makan takoyaki, pada pandangan saya takoyaki adalah makanan yang memerlukan teknik yang betul untuk memasaknya. Jadi pada hari ini saya dapat makan takoyaki dengan harga yang murah pada hari, iaitu dengan harga RM 2.50 empat ketul, pada saya murah kerana terdapat dua gerai lain yang menjual takoyaki tetapi dengan hargaarng berbeza. Gerai takoyaki terletak di astaka orkid UPM. Harapan saya dapat mengenggam segulung ijazah pada tiga tahun akan datang dengan keputusan yang cemerlang.

Monday 30 October 2017

merentas kampus upm

Hari ini adalah hari yang agak memenatkan disebabkan baru sebentar tadi berlangsungnya acara merentas desa upm sesi 2017 kami pelajar tahun satu dan dua diwajibkan untuk menyertai aktiviti merentas desa kampus, kami warga kolej 12 dikehendaki merentas desa sejauh 7 km.. Ianya merupakan cabaran bagi saya kerana sudah agak lama tidak melakukan aktiviti merentas desa dan kali terakhir merentas desa adalah semasa tingkatan enam dahulu. Boleh dikatakan hampir setahun meninggalkan aktiviti tersebut dan agak mencabar. semasa merentas desa baru saya ketahui bahawa di UPM ini akan dibina sebuah hospital untuk kegunaan pelajar perubatan serta para mahasiswa/i amnya. Pada pendapat saya tujuan utama, larian kampus ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai fasiliti dan kemudahan yang disediakan oleh pihak universiti untuk kegunaan para penuntut di sini. Walaupun agak penat tetapi saya telah berjaya dengan jaya berlari sejauh 7 km bermula di Pusat Sukan UPM dan juga berakhir di Pusat Sukan UPM. Berakhirlah sudah coretan saya pada hari ini. #majulahsukanuntuknegara. Pengalaman berharga yang tidak dapat dijul beli daripada orang lain.

Monday 23 October 2017

cabaran yang perlu dihadapi

Hari ini 23/10/2017 bermulalah tugas sebagai pelajar universiti, setelah bercuti selama seminggu. Cuti selama seminggu yang telah diberikan aku manfaatkan untuk meluangkan masa bersama keluarga serta menyiapkan tugas ku sebagai seorang pelajar iaitu tugasan yang diberikan oleh pensyarahku, dan disini jugalah tempat untuk aku meningkatkan ekonomi keluargaku. Terima kasih UPM kerana telah menerimaku sebagai ahli keluargamu. Walaupunku, tahu aku perlu menghadapi cabaran ketika berada di universiti ini. #WELOVE UPM

Monday 16 October 2017

kejutan budaya

smua orang mesti merindui keluarga mereka setelah sekian lama berjauhan. kini cuti semester telah pun tiba dan kau akan menginap di rumah paksu dan maksu sebelah bapaku untuk menginap sebelum pulang ke kampung halaman. setibanya aku di KTM SG BULOH aku dijemput oleh paksu dan maksu pulang ke rumahnya. Tetapi sebelum sampai ke rumah kami makan di restoran western. Dimana berlakunya kejutan budaya kepada ku kerana seumur hidupku tidak pernah makan di restoran western. haha, memang tidak dinafikan kerana aku merupakan orang kampung yang baru menjejak kaki ke bandar untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi untuk meningkatkan ekonomi keluargaku. tamat sudah rintitan ku pada hari ini, kerana aku perlu menyelesaikan beberapa tugasan yang menjadi kewajpan kepada semua mahasiswa/i di universiti dan merupakan cabaran bagi ku jua.

Wednesday 11 October 2017

Sukan Kolej UPM

diam tidak diam sudah hampir sebulan saya berada di UPM ini, banyak pengalam baru yang saya temui sepanjang berada disini. ok, hari ini saya nak berkongsi mengenai sukan kolej yang berlangsung pada 8/10/17 yang lalu dimana  saya sertai perbarisan sukol, walaupun tak menang tapi saya rasa  family bonding  dapat dijalin sepanjang sesi latihan perbarisan dijalankan. K12 HUha.
sekian terima kasih.

Saturday 30 September 2017

Pengalaman baru 2.0

Assalamualaikum. Saya ingin bercakap mengenai kayak. Hari merupakan pengalaman baru saya iaitu menaiki kayak dan merupakan pertama kali saya menaiki kayak. Walaupun di bermain di tasik berdekatan dengan Dewan Putra 2. Saya merupakan penuntut daripada Universiti Putra Malaysia dan tinggal di kolej 12 atau lebih dikenali dengan kolej serumpun di universiti ini.

Pengalaman baru

Assalamualaikum. Hari ini saya mendapat satu pengalaman baru yang tidak dapat dijual mahupun dibeli daripada sesiapa.
Hari saya telah melawat rumah pena atau dikenali dengan rumah Persatuan Penulis Nasional yang terletak di Bukit Petaling, Kuala Lumpur. Hari merupakan buat pertama kali saya menjejaki ke rumah pena ini kerana terlibat dengan lawatan pada malam baca puisi AKRAB ASEAN. Pada malam ini saya didedahkan dengan bacaan puisi daripada pelusuk tanah air serta daripada negara di kawasan nusantara seperti Indonesia,Brunei, Filipina dan lain -lain.  Pelbagai intonasi dan gaya bahasa yang dapat didengari dan diaplikasikan dalam merangka sebuah syair, sajak, puisi, dan terdapat beberapa orang sasterawan yang membaca syair, sajak dan lain - lain pada malam ini. Malam baca puisi  diadakan pada setiap bulan pada minggu pertama.



Thursday 28 September 2017

Permohonan kemasukan universiti

Pada 6/9/17 merupakan detik keramat bagi semua pelajar yang ingin menyambung pembelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Pra Siswazah dan lebih dikenali sebagai Ijazah Sarjan Muda. Ijazah merupakan  impian kepada semua lapisan masyarakat untuk memasuki universiti. Tetapi pada tarikh tersebut permohonan kemasukan Ijazah bagi sesi kemasukan  2017/18 ambilan pertama saya tidak berjaya, dan menjadikan hari tersebut menjadi kelam bagi ku, pelajar lepasan stpm kerana tidak dapat memasuki universiti dan merupakan impian ku sedari kecil lagi. Pada 28/7/17 merupakan detik bersejarah bagiku kerana pada hari tersebut merupakan hari dimana kami pelajar stpm menamatkan pembelajaran di SMK Khir  Johari. Pada hari tersebut, aku mendapat nasihat daripada guru Geografi supaya membuat rayuan dan membuat rayuan secara walk-in. Aku berasa sedikit bimbang jika permohonan rayuan ku tidak berjaya. Pada 8/9/17 aku menerima mesej daripada UPM bahawa permohonan rayuan ku berjaya dan ditawarkan program Bacelor Komunikasi, dan pada hari tersebut merupakan hari yang amat gembira bagi ku kerana telah mendapat tawaran kemasukan ke Universiti Putra Malaysia bagi sesi 2017/2018 ambilan kedua. Hal yang membuat bahagia adalah dimana kedua ibu bapa ku gembira kerana anaknya dapat memasuki universiti dan aku dapat melihat riak wajah kedua ibu bapa tersenyum lebar. aku dikehendaki menyelesaikan beberapa perkara sebelum mendaftar di universiti seperti hal - hal pendaftaran ke universiti serta surat perletakan jawatan di tempat aku bekerja.

Pengenalan diri saya

Assalamualaikum. Sebelum itu saya ingin menperkenalkan diri saya. Nama saya Muhamad Suhail Bin Sulaiman. Saya berasal daripada Hutan Melintang, Perak . Saya merupakan pelajar lepasan stpm 2016/2017 aliran sastera di SMK Khir Johari Sungai Sumun. SMK Khir Johari Sungai Sumun merupakan sekolah mod 2 iaitu bercampur dengan pelajar aliran perdana iaitu Tingkatan 1,2,PT3 dan juga SPM. Blok akademik kami adalah berasingan dengan pelajar aliran perdana. Pelbagai perkara yang saya pelajari termasuk ragam pelajar aliran perdana, rakan - rakan dan lain lain lagi. Semasa belajar STPM, tidak perkara yang kita buat akan disukai oleh orang lain. jadi prinsip saya belajar untuk jadi diri sendiri.

Terima Kasih ✌😊

Menanti hari bahagia

Hari pendaftaran kian tiba aku merasa sedih kerana tidak pernah berjauhan dengan kedua ibu bapaku. Aku dihantar ke tempat pendaftaran oleh pakcik saudaraku bersama dengan kedua ibu bapaku. Selepas sesi pendaftaran, merupakan detik bagi ku bergelar seorang mahasiswa serta membawa harapan keluarga bersama di Universiti Putra Malaysia. Pada hari tersebut merupakan detik bagi ku untuk menguruskan diri sendiri tanpa bantuan orang lain serta merupakan waktu bagi ku untuk berdikari dan menyelesaikan segala secara sendiri

Ramadan pertama di universiti

Sudah lama rasanya tidak tulis blog . Hari ini mengarang semula. Hari ini merupakan Ramadan yg pertama aku berbuka puasa di tempat belajar. ...