Thursday 17 May 2018

Ramadan pertama di universiti

Sudah lama rasanya tidak tulis blog . Hari ini mengarang semula. Hari ini merupakan Ramadan yg pertama aku berbuka puasa di tempat belajar.  Satu pengalaman baru  untuk diri ini yang tidak pernah berjauhan daripada keluarga.  satu pengalaman yang sangat berharga untuk diri ini.

Thursday 21 December 2017

STUDY WEEK

assalamualaikum semua. Saya ingin minta maaf jika ada yang mengenali diri ini. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar universiti di Malaysia dan UPM khasnya yang bakal menduduki peperiksaan akhir pada bulan 1 nanti. Doakan saya supaya dapat menjawab soalan dengan jayanya. 😃💪

PROGRAM MOBILITY TALK AND ENTREPRENEURSHIP & MASAKAN PAHANG

          Semalam merupakan satu pengalaman baru bagi saya sebagai seorang pelajar. Saya dapat menikmati keenakan masak lemak ikan patin buat kali pertama. Saya suka mencuba sesuatu yang baru kerana dengan cara itu dapat dijadikan sebagai pengalaman hidup kerana pengalaman tidak dapat dijual atau dibeli daripada sesiapa. Kuah masak lemak tempoyak tersebut agak cair sedikit daripada kuah lemak tempoyak yang biasa saya makan. Merupakan pengalaman baru bagi saya kerana dapat merasai keenakan isi ikan patin yang lembut apabila masuk kedalam mulut kita, dan merupakan satu nikmat bagi saya. Di pagi hari pula, saya menyertai program mobility talk. Intipati mengenai program ini adalah mengenai pengalaman mereka pergi ke luar negara seperti Indonesia, Mesir,Jepun dan Thailand. Mereka mendedahkan perkara yang perlu dilakukan untuk menyertai mobilty serta pengalaman daripada beberapa orang businessman daripada pelajar UPM sendiri iaitu produk Bee Happy dan Techouz. Pengalaman yang diceritakan daripada senior - senior yang pernah pergi ke luar negara memberi inspirasi kepada saya untuk menyertai program mobility yang dianjurkan oleh pihak universiti.

Sekian sahaja celoteh daripada saya. Terima kasih kerana membaca😃😇

Wednesday 13 December 2017

KARNIVAL JOM HEBOH 3.0 @ SERUMPUN

Mesti kita selalu dengar karnival jom heboh di kaca televisyen. Hari ini, saya nak cerita tentang karnival jom heboh @ serumpun. Pada asalnya, mesti kita fikir akan ada konsert dan lain - lain lagi, bagi yang pernah pergi ke karnival jom heboh mesti tahu serba sedikit mengenainya seperti di kaca televisyen. Ok, kita berbalik kepada topik asal kita, iaitu karnival jom heboh @ serumpun, selama 2 hari saya pergi saya rasa seronok juga lah iainya tidak seperti karnival jom heboh yang biasa kita tengok di kaca tv, iainya adalah lebih kepada pesta makanan. Disebabkan saya duduk di serumpun, jadi senang untuk saya berkunjung ke karnival jom heboh @ serumpun ini, saya dapat rasa makanan cina, iaitu mi wantan yang dibuat oleh seorang cina muslim bersama anak - anaknya, dikatakan pekerja adalah daripada kalangan ahli keluarga sendiri. Saya paling suka mi wantan sup ayam, dengan hanya RM6 sahaja yang paling penting sedap dan mengenyangkan kalau nak beli, dia akan bagi dua pilihan nak mi atau kuey tiaw. Saya jarang sekali makan makanan cina sebab faktor susah nak dapat dapat makanan cina yang halal, jadi menjadi pengalaman baru jugalah. Akhir kata, sesiapa yang belum berkunjung ke karnival jom heboh ni, jom cepat pergi, esok hari terakhir, jangan lupa cuba mi watan di gerai annur dan kegemaran saya, ayam gunting di gerai Kelantan Friend Chicken. Terima kasih kerana membaca celoteh saya pada hari ini

Sunday 10 December 2017

BAKTI SISWA

Pada hari ini dan semalam kami menjalankan aktiviti di Rumah Anak Yatim Kasih Harmoni dimana merupakan perkara wajib lulus yang telah ditetapkan oleh pihak universiti. Banyak pengalaman baru yang saya peroleh semasa melakukan aktiviti di rumah anak yatim tersebut. Satu daripada adalah sabar, kerana kami kumpulan bajti siswa 21 dan 30 bersama fasilitator terpaksa bersabar untuk melayan kerenah anak - anak yatim, kerana mereka terlalu hiperaktif dan susah untuk dikawal.
Pada hari pertama kami perlu menyesuaikan diri untuk menyelesaikan aktiviti yang dijalankan. Aktiviti yang dijalankan sepanjang dua hari kami di Rumah Anak Yatim Kasih Harmoni ini ialah explorace, zumba, pertandingan mewarna, menanam pokok dan lain - lain lagi. Pada awal kehadiran kami di rumah anak yatim tersebut, kami agak kekok kerana terkejut dengan keaadan anak yatim yang diluar jangkaan kami. Tetapi yang paling penting misi kami untuk membuatkan anak yatim di rumah kasih harmoni gembira telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Tuesday 5 December 2017

MAJLIS PELANCARAN METLIT MOOC

Pada hari saya didedahkan dengan kaedah pembelajaran yang diperkenalkan oleh Universiti Putra Malaysia berkerjasama dengan Universiti Malaysia Kelantan dan beberapa buah agensi swasta dan kerajaan dan beberapa buah universiti luar negara. Satu daripada universiti luar negara ialah Universiti of Social Science and Humanities. Semasa majlis pelancaran berlangsung kami para pelajar yang hadir serta duta - duta daripada beberapa buah universiti dan agensi diperkenalkan dengan permainan interaktif iaitu kohoot, dimana permainan tersebut, pelajar perlu bertindak pantas dan memahami soalan secepat mungkin kerana diberi masa hanya 30 saat sahaja. Medlit MOOC merupakan satu medium pembelajaran yang berbentuk digital dan mampu memberi impak yang positif kepada pelajar. Majlis pelancaran diadakan di Dewan ZA'BA Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Terima Kasih

Saturday 2 December 2017

Pengalaman 3.0

diam tak diam sudah lima bulan saya berada di UPM ini. Saya dapat melanjutkan pelajaran dalam Bacelor Komunikasi. Pelbagai pengalaman yang saya dapat dan tidak mungkin dapat dibeli daripada orang lain, kerana pada pendapat saya pengalaman itu yang mematangkan hidup kta dan daripada pengalaman juga yang menjadikan kita kuat dan tabah pada hari ini. boleh dikatakan semester 1 sudah hampir melabuhkan tirainya dan yang paling penting peperiksaan akhir juga akan kunjung tiba tidak lama lagi. sesuatu yang mendebarkan serta menakutkan bagi semua penuntut universiti. Harapan saya supaya dapat memperoleh pointer yang cemerlang berbanding STPM dahulu. harapannya macam tulah. kalau berjaya dapat pointer yang cemerlang, merupakan satu kebahagian bagi saya, kerana dapat membuktikan kepada orang kampung bahawa saya juga boleh berjaya seperti kawan - kawan sekampung saya yang lain. Terima kasih kerana mendengar celoteh saya pada hari ini dan selamat maju jaya kepada mereka yang bakal menduduki peperiksaan akhir. #WELOVEUPM.
#buat yang terbaik.

TEMASYA SUKAN WARISAN MELAYU 2017

Pada hari nie saya dapat melihat pelbagai acara yang diadakan semasa Temasya Sukan Warisan Melayu dijalankan iaitu pada hari ini. Pelbagai aktiviti tradisional yang dijalankan sekitar kawasan muzium Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, antaranya ialah. seperti permainan semasa zaman kanak - kanak dulu iaitu congkak, baling tin, bowling kelapa dan lain - lain lagi. Selain itu terdapat juga terdapat pelbagai aneka makanan yang dijual semasa Temasya ini berlangsung iaitu crepe, nasi kukus kedah, nasi daging goreng, nasi ayam goreng, air sirap dan air mangga. terdapat juga lain - lain aktiviti iaitu bengkel mencanting batik, pertandingan nyanyian irama dan lain - lain lagi. Boleh dikatakan sepanjang berada di UPM ini pelbagai aktviti yang dijalankan di kawasan sekitar UPM. sebagai contoh pada hari ini juga terdapat program Ar Raudhah di kawasan Kolej Tun Perak yang pada keesokan harinya. #WELOVEUPM

Ramadan pertama di universiti

Sudah lama rasanya tidak tulis blog . Hari ini mengarang semula. Hari ini merupakan Ramadan yg pertama aku berbuka puasa di tempat belajar. ...