Wednesday, 13 December 2017
KARNIVAL JOM HEBOH 3.0 @ SERUMPUN
Mesti kita selalu dengar karnival jom heboh di kaca televisyen. Hari ini, saya nak cerita tentang karnival jom heboh @ serumpun. Pada asalnya, mesti kita fikir akan ada konsert dan lain - lain lagi, bagi yang pernah pergi ke karnival jom heboh mesti tahu serba sedikit mengenainya seperti di kaca televisyen. Ok, kita berbalik kepada topik asal kita, iaitu karnival jom heboh @ serumpun, selama 2 hari saya pergi saya rasa seronok juga lah iainya tidak seperti karnival jom heboh yang biasa kita tengok di kaca tv, iainya adalah lebih kepada pesta makanan. Disebabkan saya duduk di serumpun, jadi senang untuk saya berkunjung ke karnival jom heboh @ serumpun ini, saya dapat rasa makanan cina, iaitu mi wantan yang dibuat oleh seorang cina muslim bersama anak - anaknya, dikatakan pekerja adalah daripada kalangan ahli keluarga sendiri. Saya paling suka mi wantan sup ayam, dengan hanya RM6 sahaja yang paling penting sedap dan mengenyangkan kalau nak beli, dia akan bagi dua pilihan nak mi atau kuey tiaw. Saya jarang sekali makan makanan cina sebab faktor susah nak dapat dapat makanan cina yang halal, jadi menjadi pengalaman baru jugalah. Akhir kata, sesiapa yang belum berkunjung ke karnival jom heboh ni, jom cepat pergi, esok hari terakhir, jangan lupa cuba mi watan di gerai annur dan kegemaran saya, ayam gunting di gerai Kelantan Friend Chicken. Terima kasih kerana membaca celoteh saya pada hari ini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ramadan pertama di universiti
Sudah lama rasanya tidak tulis blog . Hari ini mengarang semula. Hari ini merupakan Ramadan yg pertama aku berbuka puasa di tempat belajar. ...
-
Hari ini 23/10/2017 bermulalah tugas sebagai pelajar universiti, setelah bercuti selama seminggu. Cuti selama seminggu yang telah diberikan ...
-
Hari ini adalah hari yang agak memenatkan disebabkan baru sebentar tadi berlangsungnya acara merentas desa upm sesi 2017 kami pelajar tahun ...
-
Assalamualaikum. Hari ini saya mendapat satu pengalaman baru yang tidak dapat dijual mahupun dibeli daripada sesiapa. Hari saya telah melaw...
No comments:
Post a Comment